Friday, December 31, 2010

~Kesan Matahari pada Mata~

~Assalamualaikum~

entry hari nie fielah nk selitkan tntg kesan matahari pd mata...
artikel nie fielah dpt dr i luv islam

pd yg dh tahu boleh bce lg....
pd yg belum tahu.. jom kita kongsi2 kn...

jom kita terus membaca.... ^_^

Tahukah anda,

mendedahkan mata kepada cahaya matahari tanpa pelindung mata yang sesuai boleh menyebabkan beberapa perkara berikut berlaku :

* Kerosakan fotokimia kepada penerima cahaya dalam mata

* Menyebabkan lapisan sensitif dalam mata terbakar tanpa disedari

* Kerosakan pada hujung saraf

* Kanta mata bertukar menjadi kabur (katarak)

Kesan ini terjadi bukan saja disebabkan cahaya boleh nampak, misalnya dari matahari, tetapi juga dari cahaya tidak boleh nampak (tenaga) seperti Infra Merah (IR) dan Ultra Ungu (UV).

Cahaya UV boleh menyebabkan katarak dan ‘sunburn’ (kesan pada kulit disebabkan panas matahari). IR pula boleh merosakkan tisu kanta mata dan kesannya mata akan menjadi kabur.

Kerosakan mata yang dialami kesannya akan dapat dirasakan beberapa jam kemudian, antaranya mata mula berasa pedih, berair dan menjadi kabur.

Tahap kerosakan mata seseorang yang melihat matahari tanpa alat pelindung bergantung selama mana pendedahannya kepada cahaya berkenaan.

Oleh kerana itu, ada dua kaedah untuk melihat atau mencerap matahari, iaitu menggunakan penuras yang direka khas seperti Polyster atau Cermin Questar serta pancaran dari teleskop/binokular atau cermin kecil.

jd... jaga lah mata kita semua ye....
^_^

Wednesday, December 29, 2010

~taHuN baRu baKaL meNjelmA~

~Assalamualaikum~

hari nie tanggal 29/12/2010...
tggl beberapa hari lagi akan mnganjak ke 2011...
diam x diam dh smpai hujung tahun kn...
masa berlalu begitu pantas...
segala suka dan duka tahun nie....
tersimpan kemas dlm ingatan....

~baru buat td... heeehee....~

lusa nk blk UTM kjap... kne daftar subjek yg trtinggal...
mlas nyer nk blk u... tp dh nama pn students kn...
mstilah kne hadapi nie semua...
tp... ble kputusan exam nk kluar nie....
lamanyer.... ish ish ish....
k la... smpai cnie dulu hri nie... ^_^

~Selamat Tahun Baru~

eh.. awal lg la.... heeeheee
ap2 pn... senyum... ^_^

Monday, December 27, 2010

~sUkA CoKlaT~

assalamualaikum.....
nk g thu nie.... fielah suka sgt2 coklat....









saje je nk kgsi pics nie yg fielah dpt dr en. google... heeee~
~seKian~ ^_^


Sunday, December 26, 2010

~fielah di tag~ ^^

assalamualaikum semua....
fielah nk ckp nie....

semalam mlm fielah xon9...
pg nie ble on9... fielah tlh d tag oleh cik cahaya.. jenguk2 la blog cik cahaya ye... ^_^
fielah kne jwb soalan... jom tgk...

JOM JAWAB TAG!!!

1. Apakah hobi anda ?

hobi ye... erm.... baca buku.... edit gambar.... on9...
dan jg... buat kotak... heehee...

2. Senaraikan tempat yang anda ingin pergi .

mcm cik cahaya... fielah pn tringin nk g Makkah...

3. Sikap positif yang anda miliki .

fielah xthu nk mnilai dri sndri... org lain la yg nilai ye... ^_^

4. Sikap negatif anda .

suka merajuk tp senang d pujuk... heehee....

lastly , sila TAG 5 blogger .






nie adlh tag pertama fielah... thanks cik cahaya... ^_^
fielah nk bg cik cahaya award sbb cik cahaya adlh org first yg tag fielah... heeee~
sudi sudi lah terima award dr fielah ye.... ^_^

Friday, December 24, 2010

~yG keCik yG bEsaR~

Seperti yang dijanjikan... memperkenalkan... Gismo dan Garmuk.... ^^
kura2 fielah nie jenis kura2 Brazil atau d kenali sbg 'red ear slider'


nie masa mula2 mereka di bawa masuk ke dlm family fielah...
kecik je lg kn... comel je... tmpat tggl dia pn kecik lg....


diorg suke duduk ats titi nie... tp selalunyer gismo ske dok ats titi...
garmuk pl ske duk kat bwh titi tu.... ssh nk nmpk dia....


yg nie dh bsr sikit.. tgk tu.. sampai trbalik titi tu d wat nyer....
garmuk pn dh xmuat nk lalu bwh titi tu...


then.. pndhkn kat akuarium yg bsr sikit...


yg nie akuarium ke 3


tgk tu... fielah pgg dia n goncang2 kan dia..
bru lah keluar kaki dan kepala dia.. klau x..
duduk je dlm cengkerang tu.. pemalu sgt la katakan


yg nie ltk kjp dlm baldi sbb nk bersihkan tmpat tggl diorg...


tgk tu.. dh brtmbah bsr kn...


nie tmpat tggl diorg skrg... abg dg adk fielah yg wat kn... ^^


yg nie nama nyer gismo


yg nie pl garmuk


skrg dh xmkn pelet dh.. mkn sayuran..
diorg nie ske mnyorok kat bwh timbunan kangkung 2... pemalu kn..
nmpk x bhgian blkg n kepala tu?... ish ish ish...


gmbr terbaru mereka... setelah setahun setengah berada dlm keluarga kami....
garmuk smkn bsr tp gismo still mcm tu jg.....


fielah ltakkan diorg dlm akuarium diorang wak2 kecik dulu...


besarkan kaki garmuk... panjang kuku dia.... ^^

k la... smpai cinie dulu crte garmuk n gismo... ^^

Thursday, December 23, 2010

~BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH~

Pada suatu hari, Imam Hassan al-Basri pulang dari tempat Imam mengajar menuju ke rumahnya. Tanpa mnyedari bahawa rumah Imam telah dimasuki pencuri. Imam Hassan al-Basri kemudiannya telah naik ke tingkat kedua rumahnya.

Rumahnya mempunyai dua tingkat bukan bermakna Imam seorang yang kaya tetapi rumah Imam telah dibina oleh anak-anak muridnya hasil dari kutipan derma orang ramai dan dijadikan sebagai tempat pengajian.

Apabila sampai di tingkat atas dengan berbekalkan cahaya dari lilin, Imam mendapati seseorang sedang mngeledah almari-almari Imam. Tetapi pencuri itu merasa sangat hairan kerana tiada barang mewah yang di temui melainkan hanya pekaian-pakaian.

Imam Hassan al-Basri yang sedari tadi memerhati perilaku pencuri tadi menghampiri pencuri dan menanyakan, “Apa yang kamu buat wahai pemuda?”.

Pencuri yang terkejut lantas bertanya, “ Siapakah kamu?”.

Imam menjawab, “Aku juga seperti kamu”.

Pencuri bertanya kembali, “Jadi kamu juga pencuri seperti aku?”.

“Ya mungkin”, jawab Imam.

Imam berkata kembali kepada pencuri tersebut, “Biar aku tolong kamu bungkus baju-baju ini. Aku tahu dibilik sebelah ini juga ada banyak baju.”

Pencuri itu bertambah hairan. Setelah baju-baju itu dibungkus dan ada dua bungkusan, Imam mengatakan kepada pencuri tersebut, “Kemanakah mahu kamu bawa bungkusan-bungkusan ini? Biar aku tolong bawakan .”

Pencuri pun berkata, “Ikut aku”.

Mereka pun pergi ke tempat pencuri itu. Pencuri berharap ingin menjual pakaian-pakaian itu pada ke esokkan harinya. Kerana kebaikan Imam, pencuri menawarkan satu bungkusan untuknya tetapi di tolak oleh Imam. Pencuri itu sangat hairan adakah benar itu adalah pencuri seperti aku. Fikirnya.

Imam kemudiannya telah kembali ke rumahnya semula.

Keesokkan harinya, riuhlah Kota Basra (Iraq) akan berita rumah Imam Hassan al-Basri telah dimasuki pencuri dan baju-baju Imam telah di curi.

Murid-murid Imam yang telah mendengar berita itu terus membelikan semua baju-baju baru di Kota Basra untuk dihadiahkan kepada Imam Hassan al-Basri.

Manakala, pencuri yang tidak puas hati atas kebaikan orang yang telah menolongnya telah pergi semula kerumah yang telah dirompaknya dan terkejut dengan kehadiran ramai orang dihadapan rumah itu.

Pencuri bertanya kepada orang kampung yang hadir di situ, “Rumah siapakah ini?”

Orang kampung menjawab, “Ini adalah rumah Imam Hassan al-Basri. Ulama’ yang terkenal di daerah kita ini.”

Terkejut dengan jawapan itu, pencuri merasa menyesal dengan perbuatannya. Pencuri tersebut berjumpa dengan Imam dan meminta maaf.

Lantas Imam Hassan al-Basri menjawab, “Aku memaafkan kamu kerana aku tahu kamu melakukannya kerana terdesak.”

Murid-murid Imam Hassan al-Basri bertanya kepadanya, “Kenapa memaafkan dia?”

Imam menjawab, “Kerana aku bersangka baik dengan Allah. Aku yakin rezeki ku tidak akan dimakan oleh orang lain. Jika benar itu rezeki ku, jika hilang sekalipun, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.”

Kesimpulannya di sini, lihatlah dengan bersangka baik dengan Allah, Imam Hassan al-Basri telah digantikan kehilangan bajunya dengan baju yang lebih baik dan cantik.

p/s:Fielah menuliskan kembali apa yang telah diceritakan oleh ustaz di TV9. Fielah xperasan nama ustaz tu sebab sibuk menulis apa yang di ceritakan… huuhuu…. 22/12/2010 (Rabu)

Nak tambah sikit la..

~Sesungguhnya, setiap ujian yang datang dari Allah SWT adalah untuk menguji hamba-hamba-Nya. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah kerana itu adalah salah satu sifat yang dituntut oleh Allah ke atas hamba-Nya. Didatangkan ujian dalam pelbagai bentuk. Kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya adalah satu ujian yang berat diutuskan buat hamba-Nya. Allah tidak akan menguji hamba-Nya melainkan yang sesuai dengan kesanggupan seseorang itu. Jadi Bersangka baiklah dengan Allah.

Mesti ramai sudah mendengar kata-kata nie, “kadang-kadang Allah sembunyikan matahari dan diberikan hujan berserta kilat dan guruh. Kita menangis tercari-cari di mana matahari. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita dengan pelangi yang indah, cantik lagi berseri.” Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Dia lagi mengetahui ap yang terbaik untuk hamba-Nya kan. Dia hilangkan sesuatu dari kita dan digantikan dengan yang lebih baik. Kita seharusnya bersyukur atas pemberiaan-Nya itu.

Tuesday, December 21, 2010

KEMBALI MNGEDIT GAMBAR

Dh lme rse nyer x edit gmbr... mmg dh xde mood dh... bkn ap.. sbb xde idea... huhuhu... cutie2 nie tbe2 kwn mnta tlg edit kn... wat jg demi kwn.. agk lama la bru siap pic dia... tp fielah wat yg asas je... xpndai la nk edit lebih2... jz ske2 bljr dr adik fielah.... heee~ nk jg msuk pics tu dlm fielahsmiley.... ^_^


yg nie yg mle nyer... lme jg la nk wat mcm nie sbb mmg xde idea langsng... huhu....


then wat yg ats nie.. yg first tu fielah wat then second tu sentuhan terakhr dr adk fielah...


akhrnyer dpt idea wat yg ats nie....
xlwa kn.. huhuhu... fielah ubah background dia wat yg bwh nie pl....


then.. mcm biasa... sentuhan trakhr dr adik fielah...
^_^


tbe2 smgt pl nk edit gmbr kwn kat utm....


mcm biasa... yg first tu fielah wat n then yg second tu adik fielah wat sentuhan trakhr.... heee~


yg nie adk fielah xwat sentuhan terakhr dia pn... heehee...
eh... ble pl fielah nk msuk kn crte tntg kura2 nie....
tggu la nnti ye... k la.... fielah mnta dri dlu ye... ^_^

Saturday, December 18, 2010

~SEKADAR RENUNGAN~

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah.

Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut..

Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan.

kedua mempelai begitu anggun dan gagah dalam persalinan yang indah.

Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.


Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya:

Sayang,abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita’, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.

‘Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.

Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia …’.

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama.

Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.


Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya.

‘Abang akan mulai dulu ya’, kata suami.

Dia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat …

Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir …

‘Maaf, apakah abang harus berhenti ?’ tanyanya.

‘Oh tidak, teruskan …’ jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia,

‘Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu’.

Dengan suara perlahan isterinya berkata,

‘Saya tidak mencatat sesuatupun di atas kertas saya. Bagi saya abang sudah sempurna, dan saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang…..

Abang adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya…

Dan jika adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan Abang …’


Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya …..

bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.
Dia kemudian tertunduk dan menangis …

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan
diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan
orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita
PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan
sentiasa ada yang perlu diperbaiki.. . Wallahualam